Serah 5 Kereta Untuk Latihan IKM

Written by Super User on . Posted in Lain - lain Aktiviti

 
 
 
 
 
Mohd Hilmie Hussin
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

POLIS kontinjen Melaka menyerahkan lima kereta kepada Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin untuk kegunaan latihan industri, pelatih institut terbabit, hari ini.

Lima kereta yang dilucut hak dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri itu diserah selepas pihak IKM menghantar permohonan rasmi dan mendapatkan kereta lucut hak daripada polis kontinjen Melaka.

 

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, kereta terbabit dilucut hak selepas kes membabitkan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 sekitar 2011 hingga 2013, selesai.

 

"Kereta ini untuk kegunaan pelatih industri automotif IKM, dan kerjasama ini adalah yang pertama dilakukan. Jika ada lagi kereta dilucut hak dan ada keperluan, kita akan serahkan lagi," kata Abdul Jalil selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, hari ini.

Abdul Jalil berkata, pihaknya sedia bekerjasama sekiranya ada institut pengajian tinggi (IPT) lain yang berminat mendapatkan kereta dilucut hak untuk kegunaan latihan industri.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 12:07 PM