Perutusan Pengarah

Written by Super User on . Posted in Korporat

 

       Telebih dahulu saya merakam ucapan tahniah kepada semua warga kerja ICT Institut Kemahiran MARA Jasin yang telah berusaha sedaya upaya membina laman web ini yang bertujuan memberikan sedikit pengetahuan berkaitan Institut Kemahiran MARA Jasin kepada semua pengunjung laman web ini.

     Keperluan mendesak dunia sekarang ini ialah terhadap bidang teknologi yang berasaskan ( Informasi Teknologi - IT ). Sesiapa yang menguasai maklumat, merekalah yang menguasai dunia. Suka atau tidak kita mesti menghadapi ledakan kemajuan ini dan menguruskan sebijak mungkin. Teknologi maklumat ini banyak mendatangkan manfaat dan faedah selagi ianya tidak disalahgunakan. Menyedari hakikat inilah kami mengambil peluang yang ada untuk menyebarkan seberapa banyak maklumat terkini Institut Kemahiran MARA Jasin dan ilmu - ilmu berkaitan kemahiran mengikut kapasiti yang kami mampu adakan. Di laman web ini kami sedia menyalurkan pelbagai maklumat yang ingin diketahui oleh semua pengunjung.

     Akhir sekali kepada semua pengunjung laman web Institut Kemahiran MARA Jasin ini, saya mengucapkan "Selamat Datang " dan menggalakkan supaya ianya disebarkan kepada orang ramai agar kita dapat perkongsian maklumat bersama. Jika Tuan / Puan mempunyai idea dan komen untuk memperbaiki lagi sistem maklumat ini, amat saya alu - alukan.

 

Md Khalil Bin Muhamad

Pengarah IKM Jasin

Piagam Pelanggan

Written by Super User on . Posted in Korporat

Piagam Pelanggan

  • Proses pendaftaran pejar baru akan disempurnakan dalam tempoh 1 jam bagi setiap pelatih
  • Dokumen pembayaran elaun akan dihantar ke ibupejabat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan borang yang lengkap
  • Setiap pelajar baru akan dibekalkan sekurang - kurangnya 1 komputer bagi setiap 4 orang pengajar 
  • Tuntutan perjalanan kakitangan akan dibayar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan borang tuntutan yang lengkap
  • Proses pembayaran kepada pembekal akan dijelaskan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan invois
  • Para pelanggan yang berurusan dengan IKM Jasin akan dibekalkan dengan sekurang - kurangnya satu phamplet mengenai IKM Jasin
  • Setiap pelanggan yang berurusan dengan kaunter akan dilayan dalam tempoh 15 minit
  • Setiap panggilan telefon akan dilayan dalam tempoh 3 deringan
  • Aduan - aduan yang diterima akan diberi maklum balas dalam tempoh sepuluh hari bekerja

Visi, Misi & Objektif

Written by Super User on . Posted in Korporat

Visi

" Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa "

 

Misi

" Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera "

 

Objektif

  • Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif
  • Melahirkan modal insan global dan berintegriti 
  • Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
  • Memudahkan sistem penyampaian

More Articles...