Perutusan Pengarah

Written by Super User on . Posted in Korporat

 

       Telebih dahulu saya merakam ucapan tahniah kepada semua warga kerja ICT Institut Kemahiran MARA Jasin yang telah berusaha sedaya upaya membina laman web ini yang bertujuan memberikan sedikit pengetahuan berkaitan Institut Kemahiran MARA Jasin kepada semua pengunjung laman web ini.

     Keperluan mendesak dunia sekarang ini ialah terhadap bidang teknologi yang berasaskan ( Informasi Teknologi - IT ). Sesiapa yang menguasai maklumat, merekalah yang menguasai dunia. Suka atau tidak kita mesti menghadapi ledakan kemajuan ini dan menguruskan sebijak mungkin. Teknologi maklumat ini banyak mendatangkan manfaat dan faedah selagi ianya tidak disalahgunakan. Menyedari hakikat inilah kami mengambil peluang yang ada untuk menyebarkan seberapa banyak maklumat terkini Institut Kemahiran MARA Jasin dan ilmu - ilmu berkaitan kemahiran mengikut kapasiti yang kami mampu adakan. Di laman web ini kami sedia menyalurkan pelbagai maklumat yang ingin diketahui oleh semua pengunjung.

     Akhir sekali kepada semua pengunjung laman web Institut Kemahiran MARA Jasin ini, saya mengucapkan "Selamat Datang " dan menggalakkan supaya ianya disebarkan kepada orang ramai agar kita dapat perkongsian maklumat bersama. Jika Tuan / Puan mempunyai idea dan komen untuk memperbaiki lagi sistem maklumat ini, amat saya alu - alukan.

 

Md Khalil Bin Muhamad

Pengarah IKM Jasin