Soalan Lazim

Written by Super User on . Posted in Soalan Lazim

Soalan 1 : Saya ada memohon kemasukan ke IKM tetapi permohonan saya ditolak. Sedangkan keputusan saya dikategorikan memuaskan dan bersesuaian dengan kursus yang diminta?

Semua permohonan melalui HQ dipilih melalui ranking kelayakan. Jika ada kekosongan kuota, pemohon boleh membuat rayuan. Untuk permohonan melalui pendaftaran terbuka, sistem ranking tidak digunapakai.

Soalan 2 : Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk pendaftaran?

Yuran yang dikenakan semasa pendaftaran adalah sebanyak RM 520.00

Soalan 3 : Adakah elaun diberi kepada pelajar?

Setiap pelajar akan diberi elaun sebanyak RM 210.00 bagi program SIJIL manakala RM 265.00 bagi program DIPLOMA sepanjang tempoh pengajian.

Soalan 4 : Berapa kali permohonan IKM dibuat?

Permohonan dibuat sebanyak 2 kali setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai. Permohonan boleh dibuat secara online. Borang - borang boleh dibeli di pusat MARA yang berhampiran melalui iklan di suratkhabar. 

Soalan 5 : Bagaimana mendapatkan Sijil IKM jika hilang?

Sijil boleh diperolehi semula dengan membayar RM 50.00 kepada IKM berkenaan

Soalan 6 : Adakah asrama disediakan?

Ya, Sepanjang tempoh pengajian di IKM pelajar akan disediakan tempat penginapan ( Tidak termasuk Latihan Industri )

Soalan 7 : Adakah pelajar dikehendaki membayar yuran setiap bulan?

Yuran pengajian adalah percuma